«

»

Mar 08

Program Guru Penyayang

[slideshow id=6]

               Program Guru Penyayang bertujuan untuk menyuburkan rasa cinta dan kasih sayang, menguatkan semangat perpaduan, silaturahim dan sekaligus menjana suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif di sekolah. Secara ringkasnya, program guru penyayang bertujuan untuk meningkatkan sifat kepedulian (concerned) guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, kemesraan, ambil berat, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Antara aktiviti program guru penyayang termasuklah mengalu-alukan kedatangan murid di pintu pagar sekolah, menghargai murid dengan memberikan penghargaan dan pengiktirafan kpd murid, serta menyambut hari lahir, Program Mentor mentee, Usrah, Tea talk, Ziarah dan sebagainya.

«
»