«

»

Oct 16

Hari Sukan 2016

SEPINTAS LALU

[slideshow id=19]

Pada hari Sabtu, 8 Oktober 2016, SK Sungai Ara telah mengadakan Hari Sukan Tahunan. Hari sukan itu telah   dijalankan di padang sekolah bermula 8.30 pagi.

Tujuan hari sukan itu diadakan adalah untuk mencungkil bakat murid dalam bidang kesukanan di samping melaksanakan aktiviti tahunan sekolah. Semua murid, guru-guru dan ibu bapa serta penjaga murid hadir pada petang itu. Murid-murid dibahagikan kepada empat buah rumah sukan iaitu Rumah Biru, Rumah Hijau, Rumah Merah dan Rumah Kuning.

Sebelum hari sukan diadakan, acara raptai perbarisan dan persiapan khemah rumah sukan telah diadakan. Acara sukantara dan acara akhir padang juga telah dijalankan. Semua murid rumah sukan dan guru-guru rumah sukan masing-masing telah terlibat melaksanakannya.

Semasa kejohanan hari sukan dijalankan, ia dimulakan dengan acara perbarisan rumah-rumah sukan dan bacaan ikrar kejohanan oleh ketua kontinjen .Persembahan yang menarik tarian pompom dan taekwando.

Antara acara-acara hari sukan yang diadakan pada hari itu ialah   lari 100 meter, lari 200 meter, lari 4 X 100 meter dan sukaneka untuk murid-murid tahap satu . Acara guru-guru dan ibu bapa juga dijalankan seperti tarik tali dan sebagainya.

Setelah semua acara sukan tahunan selesai dijalankan, semua murid diminta berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing di hadapan pentas bagi majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Tahniah diucapkan kepada pemenang.Sekalung Tahniah untuk Kontigen rumah Hijau yang  merangkul Johan serta Rumah Kuning naib johan bagi tahun 2016.

Majlis pada hari itu bersurai pada pukul 1.30 petang. Sebelum pulang guru-guru, murid-murid dan ibu bapa serta bergotong-royong mengemaskan khemah rumah sukan dan padang. Murid-murid pulang dengan perasaan yang seronok walaupun letih.

«
»