Sejarah

BANNERHIDSfinal2

Sekolah Kebangsaan Sungai Ara merupakan sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Relau, Pulau Pinang. Bangunan asalnya ialah bangunan papan berbumbungkan atap dan berlantaikan simen.

  Sekolah ini didirikan pada tahun 1883 semasa zaman penjajahan Inggeris dan kini usianya sudah menjangkau 132 tahun. Semasa mula didirikan, sekolah ini mempunyai 97 orang murid dan 3 orang guru. Guru Besar yang pertama sekolah ini ialah Encik Darus bin Abd. Rahman. Dari tahun 1883 hingga 1930, pelajarnya terdiri daripada murid lelaki sahaja. Pada 1935, jumlah muridnya semakin meningkat iaitu seramai 206 orang.

  Bagi menjaga keselamatan sekolah ini, pintu pagar batu di hadapan sekolah telah dibina pada 1990 dengan bantuan kewangan daripada Yang Berbahagia Datuk Haji Ismail bin Hashim  dan kementerian pendidikan memberi peruntukan membuat pagar keliling sekolah.

  Kini, terdapat 5 bangunan yang dapat menampung 42 kelas. Bangunan ini dinamakan sempena nama bunga iaitu Dahlia, Bakawali,  Seroja,Anggerik dan Kekwa. Bangunan ini dibina sekitar tahun 1971 (blok A), 1979 (blok B) dan 1988 (blok C).

  Kini pada tahun 2015, Sekolah Kebangsaan Sungai Ara tersergam indah dan tenaga pengajarnya seramai 90 orang manakala jumlah muridnya ialah 1344 orang. Seramai 20 orang guru besar pernah berkhidmat di sekolah ini. Guru Besar yang ke-21 ialah Puan Hasnah bt Noh yang mula berkhidmat pada September 2015..

«
»