Datang Dengan Harapan, Pulang Dengan Kejayaan"

Sekolah Kebangsaan Sungai Ara, Pulau Pinang adalah sebuah sekolah yang terletak dikawasan luar Bandar. Jumlah pelajar sekarang sudah menjangkau 1420 orang murid. Sekolah ini adalah sekolah kategori ‘A’.

Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Relau, Pulau Pinang. Tarikh sekolah ini dibuka ialah Januari 1883. Sekarang usianya telah menjangkau 123 tahun. Bangunan asalnya ialah bangunan papan berbumbungkan atap dan berlantaikan simen. Tempatnya di Pekan Relau 8 batu dari Bandaraya Pulau Pinang. Sekolah ini telah didirikan semasa penjajahan Inggeris lagi. Semasa didirikan, sekolah ini mempunyai seramai 97 orang murid dan tenaga pengajarnya seramai 3 orang. Guru Besarnya yang ulung ialah Encik Darus bin Abdul Rahman. Dari tahun 1883 sehingga 1935, jumlah murid mulai meningkat iaitu seramai 206 orang murid. Sehingga sekarang Guru Besar yang telah berkhidmat di sekolah ini adalah seramai 18 orang. Bangunan asal sekolah ini telah tiada lagi.

Pada tahun 1927 tapaknya telah dipindahkan ke tempat sekarang iaitu digantikan dengan bangunan baru berhampiran pekan Sungai Ara. Pada tahun 1952 didirikan pula sebuah bangunan baru kerana bilangan murid-murid semakin bertambah. Pada tahun 1966 sebuah lagi bangunan papan ditambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1971 sebuah bangunan dua tingkat didirikan yang mana boleh menampung 8 buah bilik darjah. Manakala bangunan yang didirikan pada tahun 1927 dan 1952 dirobohkan kerana tiada kawasan. Bangunan yang didirikan tahun 1971 dinamakan blok ‘A’.

Pada tahun 1979 sebuah lagi bangunan dua tingkat yang boleh menampung 8 buah bilik darjah didirikan dan dinamakan blok ‘B’. Pada tahun 1988, sebuah lagi bangunan dua tingkat yang boleh menampung 10 buah kelas didirikan dan dinamakan pula blok “C”. 
Kini kawasan sekolah ini bertambah luas dimana ditambah pula dengan sebuah bangunan Pusat Kegiatan Guru (PKG} kawasan Bayan Lepas. Pusat Kegiatan Guru ini memberi fungsi membantu guru-guru dari segi memproses dan menghasilkan berbagai-bagai alatan bantuan mengajar dan juga menganjurkan kursus dari masa ke semasa untuk menambahkan lagi pengetahuan guru-guru. Pusat Kegiatan Guru ini juga digunakan untuk guru-guru besar kawasan barat daya dan daerah musyawarah.

 

Close Menu